TEKSTIL
Tekstil pada asalnya merupakan satu benda yang dicipta bertujuan
untuk melindungi tubuh badan. Zaman kian beranjak sedikit demi sedikit,
menjadikan tekstil sebagai pelengkap kepada sesebuah upacara, rumah tangga,
sebagai simbol kebesaran pemakai media ekspresi seni dan sebagainya.Tekstil
dapat merangkumi pelbagai segi antaranya ialah antropologi (sosial dan budaya)
kerana dapat menunjukkan adat istiadat sesuatu masyarakat dan juga arkeologi
kerana dapat melahirkan sejumlah informasi pada evolusi budaya. Sebagai media ekspresi
seni, seni tekstil dapat dikompolkan dalam koleksi seni rupa (fine art), seni rakyat
(folk arts) atau seni pendatang (tourist arts).
SEJARAH TENUNAN
Perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan
pendatang yang kebanyakannya terdiri dari pedagang-pedagang. Pedagang-pedagang
dari Jawa, Kepulauan Melayu, Borneo dan Bugis telah memperkenalkan beberapa
jenis kain tenunan. Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di
Kelantan misalnya telah diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang
tersebut. Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur),
corak Bugis dan corak Palembang. Tenunan ini termasuk juga kain corak Muar dari
Johor.Tenun biasa ialah tenunan yang menghasilkan kain yang sering digunakan
oleh golongan masyarakat biasa, terutama tenunan yang dibuat dari bahan benang
kapas. Benang sutera juga digunakan tetapi harganya lebih mahal dari
tenunan benang kapas. Tenunan kapas juga dipercayai merupakan tenunan
pertama yang wujud di Kelantan dan ia lebih dikenali sebagai kain tenun balas
dan setuli benang. Corak-coraknya juga sederhana disebabkan benang-benang masih
terbatas warnanya. Pada masa yang sama iaitu kira-kira pada awal abad ke -18,
masyarakat telah mengenali kain cindai, kain Bugis dan kain Acheh. Akan
tetapi penenun tempatan mencipta corak-corak dengan menyusun benang-benang pada
anian tanpa meniru kain-kain yang di datangkan dari luar.
MOTIF DAN CORAK
Jenis-jenis tenunan ini juga disebut sebagai tenunan bercorak
kerana tidak terdapat bentuk motif yang digunakan kecuali ruang, petak dan
jaluran. Dari segi penciptaan ragam hias, tenunan ini termasuk dalam bentuk yang
paling sederhana. Ragam hiasnya hanya terdiri dari corak dan sedikit bentuk motif
berselitkan benang emas. Kain bercorak yang terkenal ialah corak Muar dengan
menggunakan warna-warna dari cahaya muda dalam bentuk susunan petak dam. Warna
yang sering digunakan ialah kelabu,merah samar, jingga muda, putih, biru laut,
hijau lumut dan kuning susu. Terdapat juga penggunaan caban benang emas yang
menghasilkan bentuk motif garis halus atau kesan titik berbunga kecil,
bertabur menghiasi ruang dan bidang-bidang bewarna. Bentuk motif yang terdapat pada kain tenun bercorak dikenali sebagai kain corak
hujan panas iaitu kesan berkilat disebabkan oleh benang emas. Sedangkan garis
lurus yang halus dari benang emas disebut sebagai tenun/songket selit. Kalau
selitan ini terdapat pada bahagian kepala kain ia disebut corak beragi. Kain corak
Bugis selalunya dihiaskan dengan corak susunan catur yang sederhana
tetapi terdapat banyak variasi/ragaman. Ruang kotak lebih kecil jika
dibandingkan dengan kain corak Muar. Manakala warna yang digunakan sebagai latar
ialah hijau atau merah. Kain corak Samarenda umumnya dipenuhi dengan ruang lebar
yang melintang serta berlatarkan warna gelap seperti ungu tua dan hitam sebagai
tanah kain. Penggunaan benang loseng yang dicelup ikat akan menghasilkan corak
'tartan' atau bintik ular sawa, juga dikenali sebagai ragi bunga cuai.
Beberapa corak lain yang sering dicipta ialah corak berdiri,melintang, mata
bilis, siku keluang dan kisi-kisi. Jika dibandingkan corak ini dengan
corak yang terdapat pada anyaman memang tidak banyak bezanya. Perbezaan
jelas hanya terletak pada bahan asas yang digunakan serta proses
penciptaan.
JENIS-JENIS TENUNAN
Seni tenunan terbahagi kepada 3 jenis. Antaranya ialah:
- Tenunan biasa
- Tenunan benang ikat celup
Songket Seni tenunan masing-masing
menpunyai nilai seni yang tersendiri.
Tenunan biasa
-Tenunan biasa adalah tenunan daripada benang kapas dan terawal
dihasilkan
Tenunan benang ikat celup
-Tenunan benang ikat celup mula berkembang di istana raja-raja
dimanapenciptaannya lebih rumit terutamanya dalam proses menyongket solek dan
jenis kain yangdigunakan adalah dari kain benang emas.
SONGKET
Songket diikatakan bermula sejak dahulu kala lagi. Ianya hanya
dipakai oleh gol. Bangsawan pada waktu dahulu iaitu gol. Kerabat diraja dan
orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika
itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah
terkenal di malaysia dan Indonesia sejak abad ke- 13 yang lampau. Perkembangannya
dipercayai berkaitan dengan para pedagang dari seluruh pelusuk dunia yang
kebanyakannya berasal dari Indonesia seperti Jawa, Kepulauan Melayu, Borneo dan
Bugis. Pada awal abad ke- 18, masyarakat telah diperkenalkan dengan kain Cindai,
kain Bugis dan kain Acheh, namun begitu penenun telah mengubah mengikut aliran
teradisi dan kesesuaian mereka sendiri.Tenunan songket merupakan tenunan yang
paling lengkap dan cantik dan ia terhasil daripada perkembangan tenunan biasa.
Songket adalah berasaskan kain tenunan biasa yang diperbuat daripada kapas.
Kemudian barulah corak-corak dibuat dengan menggunakan benang emas. Antara
negeri-negeri yang popular dengan hasil tenunan di Malaysia adalah
Pahang,Terengganu dan Kelantan. Beberapa corak tenunan yang di
hasilkan di Terengganu dan Kelantan contohnya telah diberi nama mengikut tempat
asal para pedagang berikut. Contoh corak Samarenda ( borneo Timur )corak bugis dan juga palembang. Antara
unsur songket ialah motif alam sekeliling seperti tumbuhan, binatang, bunga dan
motif geometrik. Manakala motif yang digunakan didalam songket pula ialah:
- Susunan bunga penuh- jalinan benang emas atau perak yang memenuhi seluruh bahagian kain.
- Susunan bunga tabur- motif yang disulam berjauhan antara satu sama lainsecara seimbang.
- Susunan bercorak- motif yang disusun mengikut bentukan tertentu.
SEJARAH BATIK
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia.
Sejak abad ke 15Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara
tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai
alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan
alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri
Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan
Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Batik pula
bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis
batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi.
Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan
dan Terengganu.
PROSES PENGHASILAN
Alatan yang biasanya digunakan untuk membuat batik.
•Blok penerap
•Campuran lilin
•Kain
•Pencelup
•Sebuah meja
Kain benang kapas berwarna putih merupakan yang sesuai untuk
membuat batik. Selepas diterap dengan lilin pertama, ia akan dicelup dengan
warna yang gelap sedikit. Setelah itu, ia akan diterap untuk kali kedua dan
kemudian dicelup dengan warna yang lebih gelap. Proses ini akan diteruskan
hingga habis. Kain ini akan direbus dalam air yang mengandungi soda. Apabila
direbus, warna-warna yang berlainan akan kelihatan. Kain batik ini
kemudiannya akan dijemur hingga kering. Kain-kain batik yang sudah kering,
akan digosok, dilipat dan dibungkus untuk dipasarkan.
PENJENISAN KAIN
Batik terbahagi kepada tiga jenis:
Batik Blok
Kain putih akan diterapkan dengan corak batik yang
menggunakan blok corak. Blok corak diperbuat daripada kayu atau logam.
Proses ini dilakukan berulang-ulang dengan mengikut susunan yang tertentu
sehinggalah selesai. Di mana blok itu telah dicelupkan terlebih dahuluke dalam
pewarna sebelum ditekapkan di atas kain tersebut.
Batik Conteng
Alat canting digunakan bagi melakar corak batik dengan lilin
panas di atas kain putih. Setelah kerja-kerja melakar selesai, proses mewarna
mengikut kesesuaian corak dilakukan dengan menggunakan berus cat, dimana
bahagian-bahagian yang terkena lilin itu tidak akan meninggalkan kesan warna
apabila proses mematikan warna di lakukan. Lilin akan cair dan tanggal
menjadikan bahagian-bahagian ini berwarna putih sebagai benteng.
No comments:
Post a Comment